CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, 6 September 2011

Detik permulaan...

Setelah sekian lama..akhirnya mengambil keputusan untuk membina blog ini. Mungkin juga satu cara untukku mengalihkan kebosananku ketika penat menanda dan merekod markah amali PEKA para pelajarku yang aku rasakan tidak berkesudahan....

Hari ini sebenarnya genap 2 tahun dan 1 bulan aku mengajar di Sek Ren Sri Al-Amin Bangi yang terletak di ceruk KTM UKM. Asalnya niatku hanya sebagai persinggahan sebelum posting kerana tak pernah walau sedetik dalam diri ini untuk mengajar di sek ren; praktikum 4 bulan di sek men pun menggugat kesabaranku apatah lagi mengajar anak-anak di sek ren...tapi itulah, perancangan Allah itu memang hebat. Melapor pada 15 Julai 2009 aku diberi tugas untuk mengajar Matematik darjah 6, guru hafazan 6 Abu Bakar, pembantu kelas Kak Hafizah Wahab bagi kelas 6 AB dan juga mentor banat 6 AB. First time masuk mengajar, aku berdua dengan kak Fizah; waktu SPPM. Dalam fikiranku mesti kelas bising...tapi bila aku masuk dgn kak Fizah..satu suara pun tak bunyi. Mungkin sebab ada dua orang muallimah di dalam kelas kot..itulah yg aku fikirkan waktu tu..tapi sebenarnya salah. Selepas tamat mengajar Matematik di kelas tersebut pada esok harinya, mereka ni memang anak-anak yang cukup berakhlak mulia. Aku pula yang gementar sebab mereka 29 aulad dan banat menumpukan sepenuh perhatian setiap kata2 ku....walaupun dulu aku mengajar tingkatan 4 sewaktu praktikum tetapi anak2 yg berada di Darjah 6 ketika itu cukup matang..

Tahun itu juga aku mengajar 4 Umar; subjek Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik. Sama juga; aku cukup risau waktu mula melangkah..Habislah, macam mana nak control kelas darjah 4 ni, mesti berlari pelajarnya keliling kelas..tapi lagi sekali aku tersilap..comel sangat mereka ketika tu, tapi serius je. Senyum pun tidak...
Setelah sebulan lebih mengajar di SAAB, aku terus jatuh sayang pada setiap pelajarku. Setiap kali tamatnya sesi PnP; aku belajar banyak perkara baru. Panggilan cikgu pun dah mudah ku gantikan dengan membahasakan diriku muallimah. 4 Umar yang serius pun, makin lama makin comel; bila aku melangkah masuk ke kelas; pasti masing-masing senyum tersipu-sipu terutama ketika aku memeriksa; diorang ni salin nota ke tak; ke cuma berlakon baik je....

Walaupun sepanjang tempoh 2009; aku mengajar tak sampai pun 6 bulan; tapi pelbagai kenangan cukup indah. Walaupun agak penat dan terkejut juga mengajar ketiga-tiga kelas Darjah 6; risaunya saat detik-detik hampir ke tarikh UPSR; tak boleh nak digambarkan...tetapi aku cukup seronok. Pelajarnya yang cukup berakhlak dan teman sekerja yang cukup mesra...Jauh sangat bezanya dari pengalamanku sewaktu praktikum dulu..Tepat 2 bulan bertugas di SAAB; akhirnya aku mengambil keputusan menundakan postingku pada tahun tersebut sehingga tanpa ku sedar rupanya dah dua tahun aku mengajar di sini....

0 comments: