Lagi 5 hari darjah 6 akan menduduki UPSR bagi tahun 2011. Kak Fizah Wahab sibuk di dewan; mengatur meja pelajar darjah 6..dengar juga suara Kak Bayani dan Muallim Fadhlli memberi ucapan kepada anak-anak. Dalam perjalanan nak balik ke rumah...terserempak dengan Hariz. Dari jauh dia dah tersenyum.."Muallimah, ana nak minta maaf...kalau ada ana buat salah. Halalkan setiap ilmu yang muallimah berikan pada ana." Tak pandang pun mata Hariz...hanya lihat bibir dia terkumat-kamit; dua tahi lalat kat telinga...
Hariz bin Mohd Salleh; ana mengajar dia sejak hari pertama ana jejak kaki kat SRI Al-Amin Bangi; kelas 4 Umar. Ingat lagi...Hariz waktu tu comel sangat...kecik pendek je. Tapi memang serius; kalau ana buat lawak dia macam takde perasaan. Mula2 terfikir jugak, dia tak suka kat ana ke....emmm...tapi satu hari, waktu ana periksa mereka ni salin ke tidak nota...bila sampai giliran Hariz...ana hanya intai je. Ana tau dia pelajar yang serius dan baik, dia memang salin nota...tapi ana tak sangka dia tutup buku nota dia..tengok ana sambil tersengih-sengih..ana memang terkejut; rupanya Hariz ni tahu juga bergurau. Comel sangat waktu tu...sekarang Hariz dah darjah 6. Ana sempat mengajar Hariz ketika dia berada di darjah 4 Umar dan tahun 2010, di kelas 5 Umar; ana mengajar Sains. Tapi 2011, ana hanya sempat mengajar Hariz di 6 Uthman dua kali je...itupun sebab ganti Afzan waktu kelas tambahan..Kalau dulu ana kena tunduk nak lihat Hariz; tapi sekarang dah tak perlu...Hariz dah sama tinggi dengan ana..inilah aulad yang banyak mengajar erti hormat dan akhlak mulia. Bertuah sangat Kak Halimah ada anak macam Hariz..Walaupun ana tak mengajar Hariz tahun ni, tapi setiap kali bila ada peperiksaan; dia akan jumpa ana untuk minta maaf. Tahun ni banyak sangat Hariz tolong ana, tolong kemaskan stor sukan sehari suntuk, tolong kejar dan pujuk Azam waktu amal islami, tak pernah sekali ada kata2nya mengguris hati ini, senyum manis sangat, tahun lepas ana mengajar 5 Umar hari Jumaat pada 2 waktu terakhir, Hariz pasti akan tunggu ana dan berjalan sama dengan ana sampai ke bilik muallimah...dan confirm akan berusaha untuk dapat A dalam setiap matapelajaran. Hariz tak perlu minta maaf dengan muallimah, sebab anta tak pernah berdosa pun pada muallimah; walaupun setitik.
 |
Baju hijau, Salman Hilmi; baju biru - Ahmad Mutmaein, baju silver- Usamah, baju ungu - Haziq Hafizin, dan Hariz (baju merah) Gambar ini ketika mereka di 4 Umar sewaktu Jamuan Hari Raya 2009. |
 |
Bersama Hariz ketika Jamuan Hari Raya 2010.
|
 |
Bersama Hamzah dan Hariz di Sek Agama Integrasi Bdr Baru Bangi sewaktu pertandingan Kemahiran Amal Islami anjuran JAIS. Hariz wakil sek di dlm pertandingan hafazan dan terjemahan. |
Kalau dulu bila orang bertanya;"Alina, kenapa tak posting? Rugi ijazah pendidikan anti." jawapan ana. " ana nak tunggu pelajar 4 Umar 2009 habis darjah 6. Lepas tu, ana postinglah kalau ada tawaran"..Tahun depan mereka semua dah tamat pengajian sek ren. Mungkin ana kena ubah alasan ana bila orang tanya soalan yang sama..
Ya Allah, kurniakanlah aku pelajar yang berperibadi tinggi dan berakhlak mulia seperti Hariz. Ya Allah, kurniakanlah aku juga perasaan kasih dan sayang ku kepada para pelajarku yang lain seperti kasih dan sayanagku pada Hariz.