CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, 14 December 2011

Penghujung tahun 2011

Tanpa disangka...cuti yang sebulan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi..dan kemudian; bermulalah sesi persiapan untuk tahun 2012. Sangat tidak sabar menunggu saat itu...biasa sibuk;bila cuti..mati kutu dibuatnya.

Penghujung tahun biasalah; kesibukan yang teramat sangat..tiada masa untukku upadate blogku ini. Walaupun dah start bercuti, diri ini masih berat. Terasa sedih dan sayu sangat mengenangkan akhirnya diri ini telah meninggalkan tahun 2011...namun ana masih bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk terus beramal dan mendekatkan diriku kepadaNya...

Dari September hinggalah 20 November 2011, pelbagai program telah terlaksana (nampaknya panjang berjelalah blog kali ini). Jamuan Raya, ana diberi kesempatan utk mengikuti program lawatan Tahun 6 ( hanya Allah yang tahu betapa gembiranya aku berpeluang pergi mengikuti lawatan walaupun diri ini tak mengajar darjah 6 pun), Hari Kokurikulum yang julung2 kali diadakan di SRIAAB dan Hari Takrim.
Jamuan Hari Raya tahun 4 dan tahun 6 2011
Kenangan ketika lawatan tahun 6 2011 bertempat di Gua Tempurung, Pekan Kuala  Kangsar dan Tanah Tinggi Cameron Highland
Keputusan UPSR, PSRA dan SPPM pun telah lama keluar. Hariz sememangnya seperti yang dijangkakan mendapat 5A dalam UPSR, 9A dalam SPPM dan Mumtaz untuk PSRA..Hariz juga merupakan pelajar terbaik SPPM satu Malaysia..tapi tak pernah hairan pun; bila Guru Besar sebut bahawa pelajar terbaik adalah dari Al-Amin Bangi, memang dah agak siapa orangnya pun..

2011 merupakan tahun yang penuh dengan pengalaman baru. Inilah tahun pertama ana menjadi mengajar tahun 4 dan terus pertama kali menjadi guru kelas 4 Ali 2011. Sayang sangat 16 aulad dan 16 banat 4 Ali. Walaupun adakala membuat diri ini pening tapi ada masa juga membuat diri ini tertawa...bertuah sangat apabila berpeluang menjadi guru kelas 4 Ali 2011.
Dari belakang (berdiri barisan ke3) iqbal,shabil,a.muaz,syimir,qaleed,zahin,anas,abqari,muaz,shakir,uthman (duduk barisan ke 2) afiq,eiman,hafiz,me,kak awi,hidayah,zaharah,alifah,fatimah (duduk barisan hadapan sekali) hani,nurin,zakirah,hajar,tasneem,humaira,alia nabilah,asma',syafiyah dan aishah.

2011 juga memberiku pengalaman yang walaupun penat tapi sangat memuaskan dan menghiburkan apabila diberi peluang untuk menguruskan Kelab Nasyid. Walaupun agak letih dengan latihan tetapi gelagat anak-anak memang sentiasa menghiburkan....
Kelab Nasyid 2011 dari belakang: k.syarah, me, salman, ammar, afzan, al-ameen, husain, hanis, basyir, azfar, hasif, (duduk) syifa', azam, amjad, nabil
Gambar kenanganku di Hari Takrim 2011
Walau apapun; 2011 memberiku pelbagai pengalaman dan memori yang tak mungkin ana lupakan...semoga 2012 ana semakin ikhlas mendidik anak-anak di Sri Al-Amin Bangi tanpa mengira jemu, penat dan lelah...Semoga ana menerima lebih banyak pengalaman dan kenangan manis sepanjang 2012 kelak. Tak sabar menanti permulaan yang baru...